Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Segala pujian bagi Alllah SWT Tuhan Yang Mencipta Sekalian Alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya paparan maklumat mengenai misi, visi dan peranan PPSH dapat terus dikongsikan melalui laman web ini kepada masyarakat luar umumnya.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada para pengunjung yang sudi melayari laman web Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH), UTeM. Semoga perkongsian melalui wadah digital ini dapat menyampaikan perkembangan terkini PPSH, UTeM khususnya buat bakal pelanggan kami.

Selaras dengan hasrat PPSH untuk menjadikan laman web ini sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada bakal pelanggan kami dan secara tidak langsung mewarwarkan aktiviti pemasaran dan promosi program-program dibawah PPSH seperti peluang pembelajaran dalam pelbagai program pengajian secara separa masa, francais serta program pembangunan eksekutif dan profesional.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati mengalu-alukan para pengunjung dan warga UTeM untuk memberikan sebarang cadangan atau maklumbalas kepada kami supaya laman web ini berinformasi dan mesra pelanggan dalam menyampaikan maklumat berkaitan PPSH.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ada Mata Disamping Tellinga

Untuk melihat Yang Dituju

Ilmu Itu Untuk Ditimba

Bukan Semata Dibiarkan Berlalu

 

 

PROFESOR MADYA DR. ZALEHA BINTI MUSTAFA

Pengarah

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH)

 

kemaskini 7 Disember 2023

7081855
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
78
321
1731
7078965
4336
8141
7081855