Apakah senarai Program Separa Masa (Diploma & Ijazah Sarjana Muda) yang ditawarkan di UTeM?

DIPLOMA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (FKE)
Diploma Kejuruteraan Elektrik

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK)
Diploma Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (FKM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal

FAKULTI KEJURUTERAN PEMBUATAN (FKP)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (FTMK)
Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi


IJAZAH SARJANA MUDA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (FKE)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (FKM)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian

FAKULTI KEJURUTERAN PEMBUATAN (FKP)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (FTMK)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Dengan Kepujian

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FTKEE)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) Dengan Kepujian

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FTKMP)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian

Bagaimana saya ingin memohon Program Secara Separa Masa di UTeM?

Permohonan boleh dibuat melalui Borang Kemasukan yang disediakan di laman web kami bagi pengambilan bulan September dan Februari pada setiap tahun. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Tuan/Puan perlu menghantar borang permohonan beserta sekeping gambar, sijil-sijil kelayakan, dan wang pos di pejabat pos bernilai RM50.00 sebagai wang proses kepada Bendahari UTeM.

Bilakah permohonan pngambilan pelajar bagi program ini?

Sesi pengambilan pelajar bagi Program Separa Masa ini adalah pada Februari & September pada setiap tahun.

Bolehkah saya tahu Syarat Kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti?

Pemohon mesti memiliki kelayakan minimum yang merupakan :

• Syarat Am Universiti
Lulus Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Syarat Khas Program atau
- APEL (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu)
- Memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan oleh Fakulti dan disahkan oleh Senat
- lulus MUET Band II (untuk Ijazah Sarjana Muda). 

Lain-lain:
Sekiranya Tuan/ Puan tidak mempunyai MUET, Tuan/ Puan boleh mengambil MUET dalam tempoh pengajian sebelum bergraduat di UTeM. Syarat lulus MUET adalah Band 2.

*MUET adalah syarat wajib bagi membolehkan pelajar bergraduasi.

Berapakan tempoh pengajian bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Separa Masa?

Tempoh Pengajian bagi Program Separa Masa UTeM adakah seperti berikut:

Diploma 
Minimum – 4 tahun
Maksimum – 8 tahun

Ijazah Sarjana Muda
Minimum – 5 ½ tahun
Maksimum – 10 tahun

Bilakah Sesi PnP adalah diadakan?

Untuk makluman sesi kuliah pada :

- setiap hari Sabtu dan Ahad (8.00pagi hingga 5.00 petang) bagi Negeri Melaka dan
- setiap hari Jumaat (5.00 petang hingga 11.00 malam) dan Sabtu (8.00pagi - 5.00 petang) bagi di Perak & Johor

*Cuti Semester adalah sama seperti Program Sepenuh Masa.

 

 

Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian?

Pelajar baharu perlu membayar Yuran Pengajian penuh (pelajar baru) sebelum pengajian bermula iaitu pada atau sebelum Hari Pendaftaran Pelajar.

Bolehkah saya mendaftar selain dari tarikh yang ditetapkan?

Pelajar perlu mendaftar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat hal kecemasan, pelajar perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.

Bolehkah saya memohon Pengecualian Kredit bagi kursus yang saya telah ambil semasa program Diploma?

Pelajar boleh memohon kepada Fakulti / Penyelaras Akademik masing-masing dengan melengkapkan Borang Pengecualian Kredit. Proses ini akan dilaksanakan selepas pelajar mendaftar secara rasmi di UTeM.

Bolehkah saya tahu Syarat Kemasukan bagi program Sarjana / PhD?

Saudara/saudari boleh melayari laman sesawang http://www3.utem.edu.my/pps/ bagi permohonan dan Syarat Kemasukan yang telah ditetapkan.

Untuk sebarang maklumat lain yang diperlukan, sila hubungi kami di:

No. Telefon :

06-2704596 / 4591 / 4597

Laman web :

www.utem.edu.my/ppsh

Facebook :

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat

6980179
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
15
100
685
6978707
1025
3200
6980179