• banner01.jpg
  • banner02.jpg
  • banner03.jpg
 
 
LATAR BELAKANG

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat atau lebih dikenali sebagai PPSH merupakan salah satu pusat dibawah Pusat Tanggungjawab Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang telah diberi kepercayaan untuk menyelaras program separa masa di UTeM.  Ianya selari serta memenuhi Lonjakan 3 PPPM (PT) - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan antara agenda utama pendidikan tinggi negara dan juga objektif strategik UTeM (Tema 4: Memacu Potensi Komuniti Industri).

Pusat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2017 yang bertanggungjawab membudayakan pendidikan sepanjang hayat dan menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui pembelajaran sepanjang hayat. PPSH juga akan bekerjasama dengan fakulti dan pusat serta anak syarikat UTeM iaitu UTeM Holdings dalam menganjurkan program - program yang diluar program perdana serta aktiviti pembangunan profesional. Antara kumpulan sasaran utama PPSH ialah golonganpekerja yang bekerja bagi menambah baik pembangunan diri dan mempelbagaikan peningkatan kemahiran mereka.

 

FUNGSI

 

PPSH akan menjadi penghubung antara pihak universiti dan komuniti serta industri dengan menyediakan perkhidmatan pembelajaran secara berterusan, menawarkan kemudahan serta sumber pembelajaran yang terkini berorientasikan budaya industri dan keusahawanan kepada individu dan golongan professional di industri dan juga organisasi serta agensi awam dan swasta. PSH mampu mengembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran.

PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat. Selain daripada itu juga, ia merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

6980182
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
18
100
688
6978707
1028
3200
6980182